Friday 30 December 2011

Photographer: Avicenna Studio

People...avicenna studio tgh buat promo! cepat sebab its the december sale, which is left for just today and tomorrow...maybe ramai dah yang tahu, tp ms ff baru tahu!!!tertinggal train betol ms ff ni...wuwuwuu...so to those yg baru tahu, u can contact them at +60389262284 or email them at enquiry@avicennastudio.com...


i bet banyak vendors tgh buat sale utk year-end ni...atopon early of the year...so put your binos on people! ;)

okie dokie, cheers! salam...

Thursday 29 December 2011

The Arrival

the smell of the atmosphere, the sound of the departure/landing flight, the music of the announcement, the rush of the trolleys, the anxious faces of the families - oh, i just loved that!!! tomorrow, just tomorrow~~~

[Source: medicine-science]

THE ARRIVAL of ms ff's mr me-man-to-be!!!
[mode: excited!!!]


Tuesday 27 December 2011

Wedding Card: Style Weddings

Salam semua…ms ff nak share this one promotion about wedding card…but sape2 yang nak tu kena cepat sbb promotion die end arini!!! Promotion ni mmg sgt short period – 4 hari punye promotion saja…

Sorry morry dorry sbb ms ff baru nk inform harini…a fren of ms ff bg email tu hari jumaat just rite before habes office hour…and bile dkt rumah ms ff sgtla terlupe pasal email ni not until today when I open my email...:(

So to those b2b yg tgh cari2 wedding card murah2, go contact them now now now!!! ni link mereka: style wedding...the promotion ends today at 5 pm...

okie dokie, cheers! salam...

Tuesday 20 December 2011

Post-Wedding: "Bersangka baik demi cinta"

Salam...makin dekat towards the W-day, makin gelabah n bergetar hati ini...cewah...the happiness that will come overjoys the heart but the worry-ness about all the life possibilities makes me feel more concern...i think i've posted earlier on about life after the W-day but this time i think i would like to share dgn others on a different angle...

to be honest, ms ff concern about how i would be accepted in the in-law family later...i would very much try to think positively about things, tapi kadang2 the heart ade jugak terketuk2 utk send signal to the brain to think about the negative possibility...which is what fears me...ohhh...sgt la masalah hati ms ff ni...haishhh...:(

ms ff stumbled upon this one article which ms ff rase worth sgt utk share dgn sume org...ms ff hope this article can serve as a refreshment note to all...maybe we can try to tune our mind and heart to try to think positively after this? well i hope we can all do it inshaAllah...ameen...

------------------------

"BERSANGKA BAIK DEMI CINTA"


Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”


“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”
“Mengapa pula?” tanya siisteri.
“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”
“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”
Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’
Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:
i)      Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.
Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?
Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.
Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan.  Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga)  yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.
Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.
Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.
Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.
ii) Sering berdamping dengan orang yang positif.
Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.
Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?
Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.
iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.
Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.
Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!
Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!
iv) Cari jalan untuk mengatasi stres.
Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.
Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?
Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.
v) Jangan terlalu serius.
Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah.  Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?
Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.
Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!
Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.
Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…
Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”
------------------------

Monday 12 December 2011

Wedding dress: Chosen designer?

Salam…lame sudaaa ms ff tidak menulis. Tiada update yang terbaru mahupun menarik untuk ms ff warwarkan mungkin. Just a piece or two of picisan update saje.

ms ff sudahpun meet-up dengan designer pojaan hati!!! weee...well, poja tak poja sangatla tapi setakat nih masih poja lagik la sbb mereka cool n sempoi juge sgt lepak saja. siapa mereke? jeng jeng jeng...

tapi sebelum tu...same tak, same tak dua2 pict ni? Hehehe…


Well, yess...I have made up my mind (finally!) utk hire WANPA as my designer for both the solemnization and reception dresses! As well as for the groom’s reception attire, WANPA akan buat. yeahhhh... 

demi berjumpe encik wan last week, ms ff terpaksa mengharungi badai traffic congestion yang sgt teruk sampai 2 jam! Padahal kalau hari biase and not during the peak hours, it would take me about 20 mins saja utk pegi kt office mereka itu. Haihs. Salah ms ff jugak sbb wrong timing. A note to all, kalo ade perhimpunan umno  + its raining that day, baiklah jangan mencari pasal nk kluar rumah tak tentu pasal utk masuk kl city centre. Horrible I tell u! huhhh…

So pegi aritu sempat la snap a few picts here and there and measurement utk buat baju juge sudah diambil. Tapi masalahnye, tuan empunya badan je tak decide lagik mahu kaler ape utk wedding reception boleh? Haha…sungguh tidak senonoh ms ff ni. Rase macam dah decide tapi sbnrnye tak decide lagi. Hish susah betol. Kaler pon jadik satu masalah. Haha…

So far dealing with both wan and rashid has been a good experience for ms ff and I hope the workmanship would also be a good one. Walopon cool + lepak + sempoi, it is hoped that hasil keje mereka excellent + superb + fantastic. Fingers crossed !

ape2 pon, up till today, ms ff would recommend WANPA to others! Enough said. :)

okie dokie, cheers!!! salam...

Thursday 1 December 2011

Countdown: 99 days

salam...november has been a packed month for ms ff - not in terms of works, but in terms of travelling...ngehsss...2 weeks of work then UK trip then Sarawak trip pule. now that i've recovered from the post-travelling mood, i should now be focusing on the W-day progress.

semalam i.e. 30 NOVEMBER 2011, maka genaplah 100 hari countdown utk W-day ms ff. and hari ini i.e. 01 DECEMBER 2011, the countdown has officially begins with only 2 digits!

[Source: weddingbycolor]

99 days. freaking-ly 99 days!!! goshhh...preparation-wise? NONE!!! gilee? yess mmg sedikit gile!
ms ff dah boleh foresee all the chaos yang bakal datang sedebik dekat ms ff...ohhh...:(

starting from yesterday, ms ff has made a promise to myself that each day there should be a progress, despite how small it is. alhamdulillah bermula semalam juge ms ff dah officially start to put my binoculars on for photographers.

seperti biase, market research kena buat. jadi kena lah rajin bertanye here and there about who's in who's out, who's good who's not, who fits the budget who does not, yada yada yada...satu photographer telah pon ms ff terjah semalam...tp mungkin i'll make a seperate entry on that and try to review it more critically so that boleh benefit b2b laen...hopefully...

hari ini and petang ini, ms ff akan pergi jumpe dengan designer baju yang haritu ms ff jumpe and janji nak write about. ms ff harap ms ff boleh decide harini juge about the wedding dress! inshaAllah ameen...

untuk b2b laen, sile jangan ikut ape yang ms ff buat sekarang. last minute thing really could give you heart-attacks maybe not today maybe not tomorrow BUT maybe on just days before your big day!

okie dokie, cheers! salam...
---------------------------------------------------
note to self: 
- research & decide fast
- u owe ur blog two entries! 
execute execute execute...
---------------------------------------------------

Wednesday 23 November 2011

Post-travelling mood

salam...

holiday mood is soooo over now!! oh, sangat tidak besh!!! how i wish i can go travelling without having to think about work and without having any financial constraint! ngehhs...angan2 mat jenin saja bolehla!!

so now, ms ff harus get back to reality again! reality it was that when ms ff arrived home at 10.30pm Monday night, Tuesday morning terus pegi keje...wah, sangat berdedikasi!!! huhu...padahal terpaksa coz nak simpan cuti...kehkeh...

to scribble about the story of ms ff's journey would devote a bit of a time now...and since ms ff hasn't recovered from physical tiredness due to the long-haul flight, ms ff would just keep a short entry for now. no, i am not jet-lag at all if that makes u wonder. [cey, mcm ade org wonder...hakhak...]

lepas dah balik ni, belek planner page-by-page, oh-no! semakin hampir ms ff kearah BIG-day itu! aiyokkk...baby butterfly dah start provoking the tummy to start pro-actively with the preps!

kahwin itu senang. yes, so they might say.
tapi...(ada tapi tu...hehe...) kadang2 kite sendiri yg buatkan kahwin itu susah, termasuklah yg berkata2 ini...huhu...nak yang macam itu lah, macam ini taknak lah, yang ni flowery sangat, yang tu overdoing sangat, yang itu simple sangat - u name it. we the brides-to-be would come up with 1001 reasons just to get as what we have imagined at least. ohhhh, mmg usually the brides yang akan menyusahkan keadaan, i have to admit. tapi bukan ke THE wedding is like a ONCE-IN-A-LIFETIME event that u wanna do the best out of it and dont wanna spoil it even for a slightest mistake?

eh, membebel yang tidak bersebab. suddenly baru terperasan. huhu...

nak update psl travel, gambau2 sume ade dgn mr me-man-to-be...
nak update pasal wedding research, mmg hampeh lah takde progress langsung the past 2 weeks.
nak update pasal wedding progress, mmg lagi harapan-tinggal-harapan lah kan...langsang takdak! gezzzz...cuak cuak...days are getting closer, yet nothing has been achieved!

Luse, ms ff kena terbang ke Sarawak pule for work! tak berkesempatan lagi la den nk buek research ni ha.

okie dokie lah, mahu pergi menenangkan diri dgn berhibernasi. till next time. cheers! salam...

Friday 11 November 2011

Wedding Deco: Canvas printing

Woah, rase ghenduuuu lama tak menulis dkt blog yg tak seberapa ni...hehe...

So, with respect to my travel to UK ahad ni, one of my mission to be accomplished:

to capture the best photo for canvas printing!

anddd...

the canvas printing will be displayed during my reception 
(prolly at the main entrance of the hall)

[Source: chelseaelizabeth]



oookie la...ms ff mahu pergi men-drool-kan diri mencari inspirasi gambau2 wedding yang shantek-shantekkk....;P

cheers! salam...

Tuesday 1 November 2011

Wedding dress: WanPa

[Source: CuteCarry]

[Source: WanPa]

[Source: WanPa]

Banyak pule gambau utk designer nih..huhu..sungguh tak adil kepada designer yg lain yg ms ff dah penah write about..kuikui...mahappp!!!

So, siapakah designer baju2 shantek di atas? Yes, WanPa !

last week ms ff contact WanPa via SMS tanye pasal service diorang. and xsampai brape minit pastu WanPa reply SMS balik. 'bagus, pantas!' ms ff cakap dalam hati. pastu tak sempat ms ff nak reply balik SMS tu, WanPa call balik. Woahhhh...ini lagik amazing! mmg ms ff da start kagums da. yelah, sapela kite nak dibandingkan dengan WanPa yang glamer itu. huuu...

in my honest opinion, both WanPa (wan and rashid, his partner) themselves are very humble! takdela nak meninggi diri ke hape. the way they bring themselves sgt down-to-earth. bertambah lagik kagums n mmg ms ff tabik spring la!

so, to sape2 b2b yang contact mereka, u can call them +60122386148 (wan) / +60196690717 (rashid). or you might want to check their blog first maybe? and yes, they're very approachable if u ask me!

eh lupe plak nk reveal price diorang. hehe...

nikah/reception attire starts from RM2.5k

okie dokie, sharing is coolness!

cheers! salam...

DISCLAIMER: Prices are according to what the designer quote at the time. Might or might not be applicable to all. Please reconfirm with designer himself for more information. Thank you.
x ms ff x

Monday 31 October 2011

Penangan Austen Chase...

Austen Chase's caramel macchiato punye pasal:


ms ff takboleh tido semalam!
coffee works real well for me in terms of staying up. i think the last time ms ff takbleh tido like yesterday, was during my uni years. uhhh, waktu uni dulu toksah cakap la, mmg coffee adalah dadah ms ff yang sejati lah! ;p

ms ff is sooo restless today!
yela, u imagine, i da start golek2 atas katil since 11++pm and until 3++am, mate i dok terkebil-kebil lagik dalam gelap! adoiii..tak ke tension tu? natijahnya, (wah, cikgu BM i dolu2 musti bangga dgn BM i! ;p ), arini ms ff pegi keje, kepala mmg blurrr je n out-of focus. mate tu toksah katelah, mmg panda eyes abes!

sape suh cari pasal kan? hambikkk...

well actually, the purpose of going to austen chase was to meet up with one of the vendors. tempat taknak kalah - austen chase aje! haha...but hey, not my fault! vendor yg ajak jumpe kat situ...kuikui...

ape2 pon, walopon kepala otakku seperti berpusing-pusing bak roller-coaster semalam, ms ff puas ati! i'll write down about the nitty-gritty in another entry, at another time ek. promise!

okie doks, cheers! salam...

x ms ff x

Sunday 30 October 2011

After-wed?

ms ff selalu rase down when it comes to this matter. seringkali ms ff merasakan somehow, somewhere deep inside me, something is missing. mr me-man-to-be selalu remindkan ms ff pasal afterwed planning , which is the TRUE reality. W-day is just W-day. its a one-off event and only memories that will remain. but life after-wed? forever till the day your heart stops beating.

thank you love for keeping on reminding me of the reality. sometimes, i tend to be flying off the ground off-guard; not realising that after the W-day, it's the ground again that my feet will land on.

i can't be too dreamy. i need to wake up. i need to realise that after-wed is the utmost importance.

make a plan. be prepared! enough said.

x ms ff x

Friday 28 October 2011

Wedding dress: Syomir Izwa

syomir izwa, another name that doesn't need any introduction. ms ff has contacted him last week...well not actually syomir himself la, but his office...the staff who answered the phone was welcoming and credit to that, syomir!

so, what's syomir's rate? jeng jeng jeng...

nikah attire starts from RM1.5k

menariks bangat ait? so, sape2 nak reach him, you can call his office at +60362079720.

okie dokie, sharing is cool-ness!

cheers! salam...

DISCLAIMER: Prices are according to what the designer quote at the time. Might or might not be applicable to all. Please reconfirm with designer himself for more information. Thank you.
x ms ff x

Monday 24 October 2011

Gelabah...

ms ff sudah mula merasakan kegelabahan ayam pasal wedding dress. ayam pon tak gelabah macam ms ff tau! oh tidak!

every night sebelum tido mesti terpikir2:
kat mane nak buat baju ni? design camane yg ms ff sgt2 mahu? bajet yg dah allocate kan tu perlu increase ke tidak? berbaloi ke nak spend banyak2 utk baju JE? made-for-fitting atau sewa dkt boutique je?

ahhh...stress stress stress!

kenape perlu stress? u still have time ait? NO! ms ff punye aim is nak at least dah decide and book xkesahlah kat boutique ataupon dengan designer BEFORE terbang ke uk...tapi setakat harini, masih belum ade progress yg memberangsangkan! huuuuu...

x ms ff x

Wedding dress: Nik Erwan Roseli

just a short update, ms ff juge telah contact dgn nik erwan roseli - one of the stars in the fashion industry.

price yang nik erwan roseli quote ialah:

nikah dress including veil starts from RM2.5k
reception dress starts from RM3.5k

nik erwan roseli could be contacted at +60162500935.

cheers! salam...

DISCLAIMER: Prices are according to what the designer quote at the time. Might or might not be applicable to all. Please reconfirm with designer himself for more information. Thank you.
x ms ff x

Saturday 22 October 2011

Wedding Dress: Najib Salman

Friday last week, ms ff went real pro-active with her wedding dresses' research. the first person ms ff contacted that day was najib salman. najib salman is now increasingly becoming the talk-of-the-town. banyak bloggers yang dah buat their dresses dgn najib salman. and i believe non-bloggers pon ramai yg dah kenal siapa najib salman ni.

i guess i don't need to paste his designs over here ait? u can just google his name and u'll get the hits...;P

ms ff suke najib salman's design...simple yet classy!

okey...the most sought-after information about any designers for most of the bride-to-be-s is definitely their PRICE  btol tak? hehe...

so...here, ms ff akan spill kan najib's price. TAPI sebelum itu, lemme just make a disclaimer that the price is according to what najib told me and it might change depending on najib salman himself. 

setakat yang ms ff tanye, inilah price nye:

untuk nikah, price for the bride's dress is RM1k
and for the groom's baju melayu is RM200

untuk reception, price for the bride's ranges from RM1.3k-RM1.7k
and for the groom's suit is RM880

prices exclude fabric/materials i.e. materials are at seperate cost

reasonable kan kan? so, to those yang berminat, maybe u can just sms/call him at +60123442425 or just go through his fb for the pictures. 

cheers! salam...

*EDIT: the prices are applicable only for 2011 according to the designer...

x ms ff x

Thursday 20 October 2011

Qyra

have i ever mention here that photography is one of my interest? hmm maybe i have not...eh tapi entry sblm ni ade cerite pasal cik nikon i...so sort of an indication la tu...aci kan? hehe...

photography serves as part of my hobby...i love seeing nice photos and i have to admit that i am most envy to those photographers yang ade that very artsy-fartsy skills in photography. Oh sangat jealous! i have to be honest that i am quite an amateur with photography, but to say a newborn, not really i think...maybe i am a toddler who's now at the stage of getting on my feet, trying to take one step of a time...hence, guidance + learning are all that i need at the moment in this area...

here's one of my artwork, which involved a very adorable niece of mine, qyra, of the age of 1yr 8 mo...sangat comelkan??? hish...geram kat budak nih sbb sgt cute!


feel free to comment on this very humble piece of mine...thank u in advance peeps!

cheers! salam...

x ms ff x

Fly me to...


UK!!!

hoyeah hoyeah! ms ff dah book ticket sudah utk terbang 3 minggu lagi...and yes its UK again...huhu...baru early of this year ms ff balik from visiting mr fiance in the UK for 2 weeks...and yet end of this year, ms ff will visit mr fiance lagi! yeaynessssss! tapi this time, the purpose is to attend mr fiance's graduation...*big smile*

so now besides counting down days towards the big day, ms ff also is doing her count down for UK! yezzaaaaa....

orait, cukup utk mode terlebih excited kali ini...cheers! salam...

* gambar kat atas tu was taken while i was on the way to istanbul...no editting was done...sgt cantik ciptaan Yang Maha Esa kan? 

x ms ff x

Friday 14 October 2011

Wedding Dress: Hatta Dolmat

Salam...this morning before lunch time tadi, ms ff ter-bumped into hatta dolmat nye blog...sape yang tak kenal hatta dolmat, sila angkat tangan...see???takde sorang pon angkat tangan, meaning to say that sume orang pon kenal hatta dolmat ini...so ms ff takyah introduce who is hatta dolmat anymore ait? hehe...

well well...for 2012 brides, hatta dah open his service for booking...kalo u order, u akan dapat a complimentary of baju melayu for the groom and you can also get either a veil OR a shoes...

so ms ff saje la nak test market n just nk tahu range price for his couture...trus la ms ff text hatta...n to my surprise, he replied my text promptly...wow! thats professional aint it? ms ff tanye range harga die n he quoted me:

for nikah, the pricing starts from RM 6k++
for sanding, it starts from RM9k++

i tak tekejut la with his price...his design are good + has got quality + most of all, he has got an established name...so deserve la the price kan?

TAPI sayangnya, ms ff tidaklah sekaya itu utk berbelanja besar2an utk sepasang baju...i bukanlah dato' siti nurhaliza, erra fazira, mahupun memey suhaiza yang mampu utk berbelanja sebesar itu...tapi bagi yang mampu, feel free to contact him at +60173033091 atau you can go to his blog first to see his designs.

okie dokie...cheers! salam...

x ms ff x

Tuesday 11 October 2011

LDR

pada saat dan ketika ini, ms ff sedang berkomunikasi dengan incik fiance yang berada jauh nunnnn di uk...


*note: something quite menarik utk ditampal kat sini just for me to cherish our moments...the discussion was about the upcoming wedding day and we were doing our count down together...;P


ramai yang tak berapa nak pecaya LDR can actually work kan? of note, we have been together for nearly 8 years inshaAllah and almost half of these years, we went through the LDR...susah? indeed ade susahnya...tapi i pecaye if u trust each other and masing-masing just be honest about things, inshaAllah u can past all the hurdles easily...tapi not to forget, sentiasa doa kat Allah jugak supaya relationship tu kekal sampai hujung hayat...

at present, ms ff is kuala lumpur whilst mr lovely fiance is in uk...and the LDR has been goin on for more than a year now...6 years ago, ms ff was in uk and mr boyfie (ketika itu masih lagi boyfren) was in kuala lumpur...and...the LDR went on for 3 years...jadi, both phone and internet serve as our means of communication...sebbaek ade due-due menda alah ni kan...bayangkan kalau tepon n internet takade? hmmmm...

*LDR = long-distance relationship

x ms ff x

Sunday 9 October 2011

Wedding veil

Salam...ms ff is in the midst of doing her research on wedding dress, but she stumbled upon infos on wedding veil...well, veil is part of the dress also kan? hehe...

do you know that actually veil ni ade byk jenis in terms on lengths?ms ff sgtla taktau not until today. huhu. i thought there's only "long" or "short" saja tapi sebenonye, ade jenis-jenis die "long" and "short" ni...


-------------------------------------------------------------------

  • cathedral length - ni kire the longest type of veil la ni..style meleret-leret gitu...


  • chapel length - veil cani tak beza sgt pong length die mcm cathedral type. just slightly shorter by a few inches but still meleret-leret...
  • floor length - this type of veil tak meleret. just a lil bit la kalo u intend to buat panjang sikit. 
  • knee-length aka ballet-length - yang ni as the name tells, it's sampai paras lutut saja...takada leret-leret dah...hehe...
  • fingertip length - yang ni i rase dah masuk kategori "short" veil dah kot in my personal view...
  • waist length and/or elbow length - these two lebey kurang saja pjgnye..ade certain ppl, her elbow is slightly above her waist line...ade setengah orang pule, elbow die sama paras je dgn waist die. so both terms are interchangeable.

  • shoulder length aka fly-away veil - yang ni macam terlalu pendek i rase. 
  • birdscage veil or blusher face veil - yang ni might not be practical for me sbb i pakai tudung. tapi kalo nk buat kelainan boley jugak kan? ngehehee..


okie dokie. hope this helps. cheers! salam...

x ms ff x

Sunday 2 October 2011

Next: Wedding dress

Make-up for both reception events inshaAllah settled. Deposit: check!
Only make-up for solemnization saja yang xkonfem lagi, but i da sort of identified which TRULY female MUA i wanna have for that particular event.
So considering settled (partially..hehe...), am now putting my binoculars on for a different angle pule.
ms ff's next research project will be on:

WEDDING DRESS 

Yeayness!!!

x ms ff x

Make-up: List


Browsing through the internet, these are some of the MUAs yang quite frequently being reviewed by either magazines, bloggers or forums. Hope this helps. :)
p/s: 10 of the names i got it from the GLAM review

while browsing some time ago, i ade terjumpe link from other bloggers which i rase could be much of help to other b2b as well:


actually ramai je lagi MUA di luar sana yang menariks hasil kerja mereka...ade yang dah glamour ade yang baru nak naik...so the choice is yours ladies! :)

okie dokie...cukup kot for now..cheers! salam...

x ms ff x

Saturday 1 October 2011

October

OCTOBER marks the start of a kedekut regime. Ok. Itu aje.

x ms ff x

Tuesday 27 September 2011

Make-up: Sue cantik

i'm all excited!!! cudn't help being excited sbb i dah berjaya booked my favorita MUA! omg omg omg! siapekah MUA tersebut? can u make a guess from these piccas?



...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
.
.
.

yess indeed it's sue cantik!!! lihat sume gambar2 ini...sangat shantekk kan hasil sue cantik? ok ok...i cudnt  deny the fact that brides di atas mmg sudah sedia semulajadi shaantek..the first pic, fariza mmg mcm a doll dah pon naturally...bile ditambah pule dengan makeup sue cantik, bertambah-tambah cantik si fariza ini...the 2nd last one, ezlin pon mmg sweet aje orangnye..she has just got married a few weeks ago...so mmg gmbr tu quite fresh...the other three i tak kenal tapi make-up mereka mmg da vass lah! 

i macam xcaye i da berjaye book sue cantik sbb banyak review stated that sue cantik susah nak dapat service die sbb sentiase dah fully booked...tapi alhamdulillah rezeki i mungkin...alhamdulillah...

orang cakap sue cantik a bit pricey...tapi i believe u wud want to look beautiful on ur big day ait?as for me, i dun mind putting a slightly higher price for my MUA...tapi its up to u...ade je  MUA yang boleh doll u up like a princess with a reasonable price...its a matter of finding the right one that u like...

anyway, i booked sue cantik only for the reception events i.e. bride's and groom's sides...i wud very much like sue to doll me up on my solemnization day...akan tatapi, memandangkan i wish to perform solat sunat nikah bersama2 encik suami kelak (cey, encik suami dah...huhu...), makanya terpaksa i cari MUA wanita...so meaning to say, im still putting my binoculars on to search for the purrfect MUA for my solemnization pule...hope i cud make up my mind soon to avoid any disappointment later...

okie doks...cheers! salam...

[mode: masih lagi tersenyum2 sendirian until now...hehs...susah betol orang terlebey excited ni... ;P ]

x ms ff x